emol dan saya.

emol dan saya.

gambar pengantin abang emol.

gambar pengantin abang emol.

Saturday, June 7, 2008

Koleksi kereta Hotwheels dan litar Hotwheels

  1. Hai kawan-kawan, disebelah itu ialah antara koleksi saya.
  2. Jika kawan ingin tahu, Litar itu adalah hadiah saya berkhatan(sunat).
  3. Saya membelinya di Carefour, Batu Pahat, Johor.
  4. Harganya ialah RM69.90 berserta dengan 6 buah kereta mainan.

tadi pergi pengantin rumah emol.

1. saya gembira dapat pergi rumah Hanafi (emol).
2. Abangnya kahwin hari ini.
3. Saya ambil gambar abangnya juga.
4. Kami di jamu dengan jamuan yang lazat.
5. Keluarga emol ramah dan baik sekali terhadap kami yang hadir.
6. Balik, kami bersalaman. Ayah dan ibu emol bagi berkat dan jajan sumi.

Jumpa Lagi.

Thursday, June 5, 2008

TUSYIEN CUTI SEKOLAH.

1. Dua minggu cuti sekolah tapi kami tak tutup buku.
2. Saya dan rakan-rakan hadir ke sekolah untuk kelas tambahan.
3. Kami tabik kepada cikgu kami yang juga korbankan masa cuti untuk ajar kami. Terima Kasih Cikgu.
4. Masa rehat sempat ambil gambar rakan-rakan. Lihatlah jejaka handsome tu. Tapi kawan-kawan yang perempuan, malu. "TAK CHI" lah tu. Kita aje ber"posing".
5. Doakan kami terus rajin belajar dan mendapat keputusan cemerlang di UPSR nanti.

Jumpa Lagi.

Wassalam.

Wednesday, June 4, 2008

Kenangan di SK Peserai

1. Dulu saya bersekolah di SK Peserai.
2. Kenangan manis di SK Peserai banyak spt dalam aktiviti koir, perkhemahan, main bola dan lain.
3. Kawan-kawan yang rapat di sekolah dulu adalah Irfan Hafiz, Irfan Sahir, Zul, Zaki, Zikri, Aisyah, Lilis, Nadirah dan rakan sekelas yang lain.
4. Semua guru di SK Peserai sangat saya sayangi terutama Cikgu Sarkawi, Cikgu Rokiah, Cikgu Nahidah, Cikgu Koh dll. Semua staff SK Peserai juga saya masih ingat atas jasa mereka pada saya.

5. Tapi sekarang dah pindah ke SK Pintas Raya.
6. Saya juga sayang rakan di sini seperti Firdaus, Hanafi (emol), Hafiz, Faqeh dan Aiman.
7. Guru di sekolah baru saya ini juga saya sayang seprti Cikgu Ali, Cikgu Mahnon, Cikgu Sabariah dan lain-lain.
8. Doakan saya berjaya dengan keputusan yang cermerlang dalam UPSR akan datang. Saya juga mendoakan rakan-rakan saya berjaya dalam UPSR nanti.

Wassalam.